Kerjaya Anda, Aspirasi Kami
Daftarkan diri anda, berjaya dalam sesi temuduga dan dapatkan pekerjaan baru. Ia semudah ini!
Selangor Kerjaya dipacu oleh platform pintar TalentXchange.
Mengapa Selangor Kerjaya?

Peluang
Pekerjaan
Pelbagai peluang pekerjaan, ekslusif untuk warga Selangor

Kerjaya
Paling Sesuai
Pemadanan kerjaya dengan pemprofilan pintar bagi anda untuk meneroka kerjaya yang sesuai

Peningkatan Kemahiran dan Latihan Semula
Latihan-latihan profesional serta akses pembelajaran atas talian selama 12 bulan disediakan
Apa itu Selangor Kerjaya?
Program Selangor Kerjaya merupakan inisiatif oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan), bertujuan untuk memacu ekonomi warga Selangor melalui pemadanan kerjaya yang berkesan. Calon bakal menjalani penilaian profil serta pemadanan kerjaya sebelum penempatan kerja sebenar berlaku. Program ini juga bakal memberi pendedahan dan pengalaman industri secara langsung menerusi latihan di tempat kerja, tanpa sebarang kos*.

Pendekatan Unik Selangor Kerjaya
Pendekatan unik kami adalah pemadanan calon yang sesuai dengan kehendak majikan melalui profil pintar bagi mengenalpasti keperluan kemahiran kedua-dua pihak dalam meningkatkan kemahiran untuk IR4.0.

Cara Pendaftaran: Pencari Kerja

Cara Pendaftaran: Majikan
Pencari Kerja,
Adakah anda bersedia untuk memulakan pekerjaan baru
Apa yang Kami Perlukan?
Kami hanya memerlukan anda untuk melakukan lima langkah mudah ini, untuk kami mencorak semula haluan kerjaya anda:
Majikan,
Serahkan proses pencarian tenaga kerja anda kepada kami. Kami akan lakukannya secara Percuma!*
Kekal fokus pada perkara yang utama, dan serahkan perihal pengambilan pekerja dan latihan kepada kami.
*Tertakluk kepada terma dan syarat
Bagaimana Selangor Kerjaya Berbeza dari yang Lain?

Bagaimana Selangor Kerjaya Boleh Membantu?

Kami akan mendapatkan calon yang sesuai untuk mengisi kekosongan jawatan anda

Kami akan memastikan kualiti, hasil serta kadar kekal kerja yang tinggi melalui peningkatan kemahiran dan latihan semula calon